NEGARA jiran Indonesia sering mengalami gempa dan bencana alam lain kerana kedudukannya di Lilitan Api Pasifik - kawasan tektonik yang ditaburi gunung berapi dan kerap mengalami pergerakan Bumi.
Baru-baru ini, negara terbesar di Asia Tenggara itu bukan sahaja mengalami satu atau dua musibah, bahkan sekurang-kurangnya empat bencana yang meragut ratusan jiwa, dengan ribuan lagi kehilangan tempat kediaman.