Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Reputasi China tercemar jika bantu Russia elak sekatan kewangan Barat: AS

Feb 28, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: China setakat ini dilihat tidak membantu Russia mengelak sekatan kewangan Barat ke atas Moscow kerana pencerobohannya ke atas Ukraine, tetapi jika berbuat demikian ia akan "memudaratkan reputasi China", kata seorang pegawai kanan Pentadbiran Presiden Joe Biden.



"Tanda-tanda terkini menunjukkan bahawa China tidak akan datang untuk menyelamatkannya," kata pegawai itu kepada pemberita selepas mengumumkan bahawa Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya bersetuju untuk mengenakan sekatan terhadap bank pusat Russia dan memutuskan talian bank utama Russia daripada rangkaian transaksi kewangan antarabangsa Swift.



Pegawai itu berkata bahawa laporan baru-baru ini bahawa beberapa bank China telah berhenti mengeluarkan surat kredit untuk pembelian komoditi fizikal dari Russia adalah petanda positif.



China ialah rakan perdagangan terbesar Russia untuk eksport dan import, membeli satu pertiga daripada eksport minyak mentah Russia pada 2020 dan membekalkannya dengan produk perkilangan daripada telefon bimbit dan komputer kepada mainan dan pakaian.



Hubungan perdagangan China-Russia telah berkembang dengan ketara sejak 2014, apabila Barat pertama kali mengenakan sekatan terhadap entiti Russia berhubung pengilhakan Crimea oleh Moscow. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >