Restoran Malaysia disaman kerana naikkan harga nasi lemak, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Dunia0

Restoran Malaysia disaman kerana naikkan harga nasi lemak

May 06, 2016 | 03:02 PM

SHAH ALAM: Sebuah restoran di sini didenda RM4,000 ($1,354) oleh Mahkamah Sesyen kerana menaikkan harga nasi lemaknya sebanyak RM1.

Restoran Silva's Curry House di Subang Jaya menaikkan harga sepinggan nasi lemak biasanya daripada RM2.50 pada Januari kepada RM3.50 pada Jun tahun lepas.

Ia gagal mengemukakan resit jualan untuk mewajarkan kenaikan itu selepas laporan dibuat kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Pemilik restoran itu, T. Gopinath, 36 tahun, mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di bawah Akta Kawalan Harga dan Akta Antipencatutan.

Dalam satu kes lain, Ting Pooi Guan, 59 tahun, pengarah Trendcell Sdn Bhd, yang memiliki pasar raya Jaya Grocer, mengaku bersalah di mahkamah sama menjual madu Sweet Meadow New Zealand Wild Flower Honey 500g pada harga tinggi tidak berpatutan.

Discover Malay Home Based Businesses

Hakim Ahmad Azhari menjatuhkan hukuman denda RM30,000 ke atas syarikat di Petaling Jaya itu.

Syarikat itu dikatakan cuba meningkatkan margin keuntungannya dengan menaikkan harga madu tersebut daripada RM28.90 pada 6 Jan kepada RM43.99 pada 6 Mei tahun lalu.

Kedua-dua harga termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST). - The Star/Asia News Network

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map