Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Riau isytihar darurat bagi kekang jerebu

Jan 25, 2017 | 10:25 AM



JAKARTA - Riau telah mengisytiharkan darurat selepas Presiden Joko Widodo menggesa pihak berkuasa serantau mengelak berulangnya kebakaran yang mengakibatkan jerebu di Asia Tenggara pada 2015.



Indonesia menghadapi tekanan global untuk menamatkan cara tebas dan bakar bagi membersih hutan yang menimbulkan jerebu setiap tahun.



Riau mengumumkan langkah itu selepas beberapa kawasan dengan haba melampau dikesan satelit yang membayangkan ada kebakaran bulan ini.



Langkah pada Selasa (24 Jan) itu bertujuan membantu Riau, yang terletak tidak jauh merentasi Selat Melaka dan Singapura, mengambil langkah-langkah pencegahan kerana cuaca kering dijangka tahun ini berbanding tahun lepas.



"Provinsi Riau hari ini mengisytiharkan status kecemasan bagi kebakaran hutan dan tanah api selama 96 hari," kata jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Kebangsaan, Sutopo Nugroho, kepada Reuters.



Kebakaran pada 2015 adalah antara yang terburuk dalam rekod, menjejas hubungan dengan jiran-jiran dan menimpakan kerugian ekonomi sekitar 220 trilion rupiah ($23.4 bilion), atau kira-kira 1.9 peratus daripada keluaran dalam negara kasar, menurut pejabat Encik Joko.



Setiap tahun, Indonesia menghadapi kritikan daripada negara jiran Singapura dan Malaysia mengenai jerebu, dan kegagalannya menghentikan kebakaran.



Data dari agensi cuaca negara menunjukkan cuaca lebih kering dijangka bagi Indonesia pada tahun ini. Pihak berkuasa bimbang ini boleh mencetuskan lebih banyak kebakaran.



"Kami berharap pada awal tahun ini terdapat perancangan dan tindakan pantas supaya kami boleh mencegah kebakaran hutan dan tanah pada 2017," kata Encik Joko. - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >