Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ribuan banjiri jalan raya untuk saksikan perarakan diraja Sultan Brunei

Oct 05, 2017 | 03:22 PM



Ribuan orang membanjiri jalan raya Bandar Seri Begawan untuk menyaksikan perarakan diraja bagi meraikan Sultan Brunei Haji Hassanal Bolkiah, yang telah memimpin negara itu selama lima dekad.



Istiadat tersebut merupakan acara utama sambutan Jubli Emas Sultan Haji Hassanal Bolkiah Menaiki Takhta yang diadakan sepanjang bulan ini.



Bermula di kediaman rasmi Sultan, Istana Nurul Iman, perarakan itu mengelilingi Bandar Seri Begawan, melalui beberapa tempat termasuk Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien, Bangunan Alat Kebesaran Diraja dan Dermaga Diraja.



Dalam perarakan sekitar dua jam itu, Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan isterinya Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha bersemayam dalam usungan diraja, yang dibawa seramai 50 pegawai.



Sementara itu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong tiba di Bandar Seri Begawan untuk menghadiri sambutan jubli emas itu.



PM Lee memulakan program tiga hari di Brunei itu dengan menemui masyarakat Singapura di Brunei hari ini




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >