Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:34
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ribuan drebar trak terkandas di England bertelagah dengan polis

Dec 25, 2020 | 05:30 AM



DOVER (England): Pemandu trak yang sedang marah dan terkandas di luar bandar pelabuhan Dover, telah bertelagah dengan polis kelmarin dan menuntut untuk menyeberang ke Perancis.



Ribuan pemandu, ramai Eropah, terkandas selama beberapa hari di selatan England.



Ini bermakna ramai yang akan terlepas peluang menyambut Hari Natal bersama keluarga.



Kekecohan itu berterusan meskipun selepas Britain dan Perancis mencapai persetujuan lewat Selasa bagi membuka semula sempadan mereka, selepas satu langkah sekatan untuk menghentikan penularan varian koronavirus yang boleh berjangkit dan ditemui di selatan England.



Banyak negara telah menutup sempadan dengan Britain pada minggu ini selepas satu varian koronavirus mula merebak dengan pantas.



Perancis mengambil setapak lagi langkah dengan menyekat penumpang dan barangan hanya beberapa hari selepas Britain meninggalkan Kesatuan Eropah.



Ini sekali gus menyebabkan ribuan pemandu trak warga Eropah terkandas di bahagian selatan England, beberapa hari menjelang Hari Natal.



Paris kemudian menarik balik sekatan bagi membenarkan pemandu yang diuji negatif Covid-19 untuk memasuki negara.



Setiausaha Pengangkutan Britain, Encik Grant Shapps, berkata ia akan mula menjalankan ujian di beberapa lokasi semalam tetapi memberi amaran proses itu akan mengambil masa.



"Kami akan memastikan bahawa kami ada di sana untuk menyediakan ujian. Ini akan mengambil masa dua atau tiga hari untuk diselesaikan," kata Encik Shapps.



Menteri Perumahan Britain, Robert Jenrick berkata tentera akan membantu menubuhkan tapak ujian bagi membolehkan lori-lori bergerak, tetapi ini akan mengambil masa untuk menguruskan kesemuanya.



Bercakap kepada televisyen Sky News, Encik Jenrick berkata:



"Kami sedang melaksanakan prasarana. Jadi angkatan bersenjata akan melakukan ujian Covid-19 untuk menolong kami menubuhkannya dan menguruskan mereka yang tertangguh."



Para pemandu akan mengambil ujian Covid-19 yang boleh memberikan keputusan dalam masa sejam.



Mereka yang mencatatkan keputusan positif akan mengambil ujian polymerase lebih menyeluruh, yang mengambil masa lebih lama untuk memberi keputusan dan sesiapa yang diuji positif lagi, akan diberikan bilik hotel untuk mengasingkan diri.



Awal pagi itu, penumpang dari Britain telah turun dari feri di Calais, bandar pelabuhan Perancis, berikutan penarikan semula sekatan.



Menteri Pengangkutan Perancis, Encik Jean-Baptiste Djebarri, juga mengesahkan pengangkutan udara dan keretapi Eurostar, akan menyambung semula perkhidmatan.



"Rakyat Perancis yang menetap di Perancis dan mereka yang ada sebab sah, akan perlu mempunyai hasil ujian negatif," tambahnya.



Lebih 2,800 lori telah terkandas di selatan England dan tidak dapat menyeberangi Perancis.



Dengan barisan lori yang panjang di England dan pasar raya yang kekeringan barangan beberapa hari sebelum Hari Natal, Perdana Menteri Britain, Encik Boris Johnson, berusaha mendapatkan Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron supaya menarik balik larangan ke atas barangan kargo dari Britain. - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >