Ribuan ikan mati di kolam dipercayai sebab panas
May 06, 2016 | 05:30 AM
MELAKA: Ribuan ikan dalam Kolam Takungan Banjir Semabok ditemui mati kelmarin, dipercayai akibat panas melampau hingga menyebabkan suhu kolam meningkat.
Ikan dilihat berkumpul di gigi kolam takungan itu, dipercayai bermula Isnin lalu sebab air dalam kolam takungan semakin cetek.