Ribuan jemaah tidak hiraukan risiko virus; teruskan perhimpunan di Indonesia, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:48
Zuhur
12:51
Asar
4:07
Maghrib
6:53
Isyak
8:02
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Ribuan jemaah tidak hiraukan risiko virus; teruskan perhimpunan di Indonesia

Mar 18, 2020 | 08:59 PM

JAKARTA/KUALA LUMPUR: Ribuan jemaah dari seluruh Asia berkumpul di Indonesia pada Rabu (18 Mac), walaupun terdapat kebimbangan perhimpunan mereka boleh menyebabkan penyebaran koronavirus, hanya dua minggu selepas acara serupa di Malaysia menyebabkan lebih 500 jangkitan.

Penganjur dan pegawai serantau berkata acara itu telah dimulakan, walaupun ketua polis daerah berkata beliau membuat usaha terakhir untuk meminta penganjur membatalkannya.

"Kami lebih takut kepada Tuhan," kata salah seorang penganjur, Encik Mustari Bahranuddin, kepada Reuters ketika ditanya mengenai risiko peserta menyebarkan virus di acara di Gowa di wilayah Sulawesi Selatan itu.

Penganjur telah menolak permintaan rasmi oleh pihak berkuasa untuk menangguhkan perhimpunan tersebut, kata pegawai daerah, Encik Arifuddin Saeni.

Beliau menganggarkan 8,695 orang telah berkumpul di Gowa, dekat kota Makassar, termasuk yang datang dari Thailand, Arab Saudi, India dan Filipina.

Halal Home Based Business
SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Acara serupa di Malaysia, yang diadakan dari 27 Februari hingga 1 Mac, menarik 16,000 peserta.

Kedua-dua perhimpunan di Indonesia dan Malaysia dianjurkan oleh anggota Tablighi Jama'at. - Reuters.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map