Ribuan lombong arang batu di Indonesia ditutup akibat harga merosot
Jun 30, 2016 | 05:30 AM
SAMARINDA (Indonesia): Beribu-ribu lombong arang batu di Indonesia telah ditutup setelah harga bahan itu merosot sejak beberapa tahun lalu.
Namun, hampir tiada syarikat yang telah membayar hutang berbilion dolar bagi membaiki landskap yang teruk terjejas berikutan kegiatan perlombongan itu.