Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ribuan Muslim tegar kumpul di Jakarta jelang bantahan terhadap Gabenor Ahok

Nov 04, 2016 | 11:53 AM



JAKARTA: Ribuan Muslim tegar telah berkumpul di masjid terbesar di Indonesia pada Jumaat (4 Nov) untuk menyertai bantahan terhadap Gabenor Jakarta, Encik Basuki Tjahaja Purnama, kerana didakwa menghina Islam.



Kebanyakan penunjuk perasaan itu, yang diketuai oleh Barisan Pembela Islam (FPI), telah berkhemah semalaman di Masjid Istiqlal menjelang perhimpunan yang ditetapkan bermula selepas solat Jumaat.



Terdahulu pada sebelah pagi, kumpulan kecil penunjuk perasaan, termasuk dari Bekasi di timur Jakarta, dan Bali dilihat menuju ke masjid berhampiran Tugu Negara itu.



Banyak kumpulan membawa bendera Indonesia dan mengibarkan sepanduk untuk mengenal pasti pertubuhan mereka.



Penganjur berkata 200,000 orang, termasuk dari luar Jakarta, akan mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut. Para penunjuk perasaan dijangka menunaikan solat Jumaat di masjid dan kemudian berarak ke Istana Presiden untuk menuntut pihak berkuasa mendakwa Encik Basuki, yang lebih dikenali sebagai Ahok, kerana menghina Islam.



Namun, gabenor yang sedang bertanding untuk dipilih semula itu kekal tidak bimbang, dan berkata beliau akan terus kempen pada Jumaat.



"Kami percaya pihak berkuasa boleh menangani perhimpunan ini dan harus diingat bahawa peserta telah diberitahu supaja jangan menjadi ganas apabila meluashkan aspirasi mereka," kata jurucakap pasukan kempen beliau, Encik Bestari Barus, lapoar The Jakarta Post.



Bantahan itu tercetus selepas Ahok, seorang etnik Cina dan minoriti Kristian, mengkritik lawannya yang memetik ayat Al-Quran untuk menyerang beliau menjelang pilihan raya gabenor pada Februari. Beliau memberitahu pengundi Islam bulan lalu supaya jangan tertipu oleh lawannya yang menggunakan rujukan kepada Al-Quran untuk menggalak mereka tidak mengundi pemimpin bukan Islam.



Polis percaya penunjuk perasaan itu disertai penyokong tempatan kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) daripada kumpulan militan tempatan, seperti Jemaah Ansharut Tauhid dan Jemaah Ansharut Daulah, tetapi tidak menjangka mereka melakukan keganasan.



Perhimpunan kedua bagi menentang Ahok itu meletakkan Jakarta dalam keadaan berjaga-jaga, dengan kira-kira 20,000 anggota polis dan sekurang-kurangnya 500 askar dikerahkan di bandar untuk mengelakkan kemungkinan wabak keganasan merebak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >