Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ribuan pemandu terkandas di lebuh raya AS kerana ribut salji diselamat

Jan 06, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Anggota pasukan penyelamat di Virginia, Amerika Syarikat, kelmarin selesai menyelamatkan pemandu terakhir yang terkandas semalaman di lebuh raya penuh salji, menamatkan krisis yang telah memerangkap ribuan orang termasuk seorang senator, Encik Tim Kaine.



Perjalanan rutin Encik Kaine dari rumahnya di Virginia ke ibu kota Washington bertukar menjadi satu pengalaman pahit selama 27 jam apabila ribut salji menyebabkan jalan menuju ke ibu kota negara itu tidak dapat dilalui, menyebabkan beliau dan pemandu lain terkandas dalam kesejukan, tanpa makanan dan air.



Seorang jurucakap Jabatan Pengangkutan Virginia mengesahkan pemandu terakhir dibebaskan, lebih 24 jam selepas ribut itu.



Lebuh raya Interstate 95, salah satu jalan raya paling sibuk di kawasan Pantai Timur, ditutup selama berjam-jam di kedua-dua arah berhampiran kawasan Fredericksburg, Virginia, kira-kira 89 kilometer (km) selatan Washington. Kawasan itu diselimuti salji setinggi 30 sentimeter.



Trafik di sepanjang laluan 76 km itu terhenti kira-kira 8 malam (waktu tempatan) dan tidak mula bergerak lagi sehingga petang Selasa.



Cik Kelly Hannon, jurucakap jabatan itu, berkata pasukan penyelamat juga telah membersihkan jalan raya daripada beberapa kereta yang dibiarkan dan pegawai menjangka jalan raya itu dapat dibuka semula kepada pemandu pada pagi semalam.



Selama berjam-jam semalaman dan selepas subuh, ratusan trak dan kereta treler traktor memenuhi jalan raya yang terjejas dengan ribut salji itu sedang pemandu berasa semakin terdesak tentang kesulitan mereka dan marah dengan apa yang dilihat sebagai tindak balas lambat oleh pihak berkuasa. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >