Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ribuan tunjuk perasaan bantah rampasan kuasa tentera Myanmar

Feb 07, 2021 | 05:30 AM



YANGON: Ribuan rakyat Myanmar keluar untuk menyertai tunjuk perasan di jalan raya sekitar Yangon semalam sebagai menolak tindakan rampasan kuasa oleh tentera negara itu sambil menuntut pemimpin yang dipilih, Aung San Suu Kyi, dibebaskan.



Ini merupakan kali pertama tunjuk perasan sedemikian diadakan sejak rampasan kuasa tersebut.



"Diktator tentera, gagal, gagal Demokrasi, menang, menang," laungan para penunjuk perasaan itu, yang menuntut Cik Suu Kyi serta pemimpin kanan Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) yang ditahan sejak rampasan kuasa Isnin lalu dibebaskan.



Ramai penunjuk perasaan itu memakai baju merah dan membawa bendera merah - lambang dan warna NLD.



Junta Myanmar telah cuba mengekang tunjuk perasaan terhadap rampasan kuasa itu dengan menghalang laman media sosial Facebook, Twitter dan Instagram.



Pihak berkuasa telah mengarahkan penyedia khidmat Internet untuk menghalang akses kepada laman seperti Twitter dan Instagram buat masa ini dan sehingga arahan lanjut, dedah syarikat telefon bimbit Norway, Telenor Asa.



Permintaan bagi teknologi VPN telah meningkat di Myanmar kerana ia membolehkan pengguna mengatasi sekatan tersebut.



Namun, penduduk di Myanmar juga melaporkan gangguan kepada rangkaian data telefon bimbit yang digunakan sebahagian besar daripada 53 juta penduduk negara itu untuk berhubung dan mendapatkan berita.



"Kita hilang kebebasan, keadilan dan mahukan demokrasi dengan segera," kata seorang pengguna Twitter.



"Dengarkanlah rintihan rakyat Myanmar," kata seorang lagi.



NetBlocks Internet Observatory, pertubuhan yang memantau akses Internet, mendedahkan bahawa keadaan Myanmar ini adalah di tahap sekatan Internet seluruh negara dan data menunjukkan kadar konektiviti Internet telah merosot 54 peratus.



Ketua Tentera, Min Aung Hlaing, merampas kuasa setelah mendakwa terdapat penipuan dalam pilihan raya 8 November di mana NLD menang besar.



Komisen pilihan raya telah menolak dakwaan tentera namun Junta Myanmar tetap mengumumkan keadaan darurat selama setahun sebelum berjanji menyerahkan semula kuasa menerusi pilihan raya.



Rampasan kuasa itu telah mengundang kritikan global dengan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu menggesa semua tahanan dibebaskan dan Amerika Syarikat pula sedang menimbangkan sekatan terhadap Myanmar.



Suu Kyi, 75 tahun, belum lagi membuat penampilan awam sejak rampasan kuasa itu.



Tunjuk perasaan semalam turut berlaku di lain-lain negara termasuk di Melbourne, Australia dan Taipei, Taiwan.



Satu gerakan keingkaran awam atau civil disobedience telah memuncak di Myanmar sepanjang minggu lalu dengan doktor dan guru antara mereka yang enggan bekerja dan setiap malam orang ramai mengetuk periuk di rumah masing-masing sebagai tanda tidak puas hati.



Di samping 150 tangkapan yang telah dibuat, seperti yang dilaporkan kumpulan hak asasi manusia, media setempat berkata sekitar 30 penduduk juga ditahan kerana melakukan bantahan. - Reuters.




"Perwakilan khas kami (Diplomat Switzerland, Cik Christine Schraner Burgener) telah menghubungi dan menjelaskan pendirian kami kepada timbalan komander tentera (Myanmar). Kami akan melakukan segala yang termampu untuk komuniti antarabangsa bersatu dalam usaha memastikan wujud keadaan supaya rampasan kuasa ini gagal."
- Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >