Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KRISIS POLITIK MYANMAR

Ribuan warga berpusu ke Thailand

Jan 09, 2022 | 05:30 AM



KANCHANABURI (Thailand): Kesempitan hidup akibat krisis politik di negara mereka telah menyebabkan ribuan rakyat Myanmar menyeberang ke Thailand bagi mendapatkan bantuan dan mencari peluang pekerjaan.



Antara mereka ialah Encik Myo Chit dan isterinya yang membuat perjalanan beberapa bulan lalu dengan merentas hutan tebal.



Tindakan mereka didorong oleh krisis ekonomi berkembar - akibat pandemik Covid-19 dan kegawatan dicetuskan oleh penggulingan pemerintah demokratik Cik Aung San Suu Kyi, oleh rejim tentera negara itu.



Perjalanan selama dua hari dari Wilayah Tanintharyi di Myanmar membawa mereka melalui ladang jagung dan getah serta hutan tebal sebelum tiba ke sempadan di mana lokasi untuk ke wilayah Kanchanaburi, Thailand dengan bantuan penyeludup.



Di sana, mereka berdepan risiko ditangkap dan diproses segera untuk dihantar pulang oleh polis Thailand.



Pasangan itu memasuki wilayah Samut Sakhon di Bangkok, lokasi pendatang Myanmar mendapat pekerjaan.



Bagaimanapun, kehidupan pendatang asing tanpa izin di Thailand adalah suram.



Ramai menghabiskan malam mereka di perumahan sesak atau di rumah rakan dan saudara-mara dan setiap hari mengelak daripada pihak berkuasa.



"Namun, kami tidak boleh tinggal (di bandar kami)... kami terpaksa memikirkan masa depan anak," kata Encik Myo Chit, 45, kepada agensi berita AFP.



Beliau akhirnya mendapat pekerjaan di kilang pewarna pakaian dan memperoleh AS$10 ($13.58) sehari.



Encik Myo Chit, yang terpaksa berpisah dengan anak berusia enam tahun dan seorang bayi, berkata ia sukar tetapi perlu dilakukan dan mereka kini dijaga mentuanya di Myanmar.



"Kami tidak dapat tinggal di sana kerana kos yang tinggi dan terpaksa tinggalkan kampung. Kami datang ke sini hanya untuk mencari wang," katanya.



Dalam pada itu, perdana menteri Kemboja, Encik Hun Sen telah memulakan lawatan ke Myanmar bagi perbincangan dengan kepimpinan rejim tentera negara itu, yang menimbulkan bantahan di serata negara, kerana menganggap tindakan tersebut sebagai mengabsahkan pemerintahan junta tentera. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >