Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ribut salji di wilayah tengah AS sebabkan perjalanan, penerbangan terjejas

Feb 04, 2022 | 05:30 AM



CHICAGO: Satu ribut musim sejuk yang besar membadai bahagian tengah Amerika Syarikat dengan salji lebat, hujan beku dan angin kencang kelmarin, mengancam menjadikan perjalanan mustahil dan berkemungkinan menjejas bekalan kuasa bagi berjuta rakyat.



Pihak berkuasa memberi amaran tentang ribut musim sejuk yang diramal melanda hingga pagi Jumaat bagi banyak kawasan yang meliputi Texas dan Colorado hingga kawasan Midwest dan New York Utara.



Perkhidmatan Cuaca Nasional (NWS) berkata kebanyakan kawasan di bahagian utara rantau itu boleh mengalami salji setebal satu kaki (30 sentimeter) manakala kawasan selatan mungkin menyaksikan campuran salji dan hujan beku yang boleh pantas memburukkan keadaan di jalan raya pada hari Rabu, kata NWS.



Angin bertiup sekuat 40 batu (64 kilometer) sejam juga diramalkan.



"Jangkakan bekalan elektrik akan terputus dan kerosakan pokok akibat ais. Perjalanan mungkin menjadi mustahil.



"Keadaan berbahaya boleh menjejas perjalanan pagi atau petang," kata perkhidmatan itu dalam amarannya untuk Memphis.



Lebih 100 juta orang berada di bawah amaran cuaca musim sejuk yang meliputi kawasan dari Rockies ke New England, lapor CNN.



Kira-kira 2,400 penerbangan dibatalkan di Amerika Syarikat hingga pagi Rabu, menurut Flightaware.com. Lebih 400 penerbangan masuk dan keluar telah dibatalkan di dua lapangan terbang utama di Chicago, di mana beberapa bahagian kawasan metro diramalkan mengalami satu kaki salji.



Ribut itu juga memaksa berpuluh-puluh daerah sekolah di rantau itu membatalkan kelas sekurang-kurangnya pada hari Rabu.



Udara sangat sejuk yang disebabkan oleh tekanan tinggi Artik diramalkan melanda kawasan dataran Amerika pada hari Rabu dan dijangka mengakibatkan suhu menjunam 15 hingga 25 darjah di bawah purata di beberapa kawasan, tambah NWS.



Ancaman ribut itu berlaku beberapa hari selepas cuaca musim sejuk yang teruk menyelubungi bahagian timur laut Amerika Syarikat, menurunkan salji setebal lebih 2 kaki (60 sentimeter) di beberapa kawasan dan membawa angin kencang, menyebabkan ribuan pembatalan penerbangan dan menyekat akses ke jalan raya di beberapa negeri.



Lebih 1,400 penerbangan Amerika dibatalkan pada Ahad lalu selepas negeri di kawasan timur laut dilanda ribut musim sejuk sehari sebelumnya hingga mendorong beberapa negeri untuk mengisytiharkan kecemasan.



Jumlah pembatalan penerbangan domestik serta penerbangan masuk atau keluar dari Amerika Syarikat mencapai 1,450 pada petang Ahad, menurut laman web penjejakan penerbangan FlightAware.com. Sebanyak 1,774 lagi penerbangan berkaitan Amerika telah ditangguhkan, menurut data. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >