Subuh
5:56
Syuruk
7:17
Zuhur
1:19
Asar
4:41
Maghrib
7:20
Isyak
8:32

Ribut salji landa AS lagi

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Ribut salji landa AS lagi

Feb 05, 2014 | 03:29 PM

KANSAS CITY: Satu ribut salji luar biasa melanda tengah Amerika Syarikat dan kini sedang bergerak ke arah timur, mengancam hampir dua pertiga negara itu dengan salji diramalkan turun setebal 30 sentimeter.
Ribut tersebut telah memaksa penutupan banyak pejabat negara dan sekolah, terutama di negeri yang paling teruk terjejas, Kansas, dan Gabenornya, Encik Sam Brownback, telah mengisytiharkan perintah “darurat bencana.”
Keadaan ribut itu juga telah menyebabkan lebih 9,500 penerbangan ditunda dan hampir 1,800 lagi dibatalkan di serata Amerika semalam, menurut laman penjejak laluan udara, Flightaware.com.
Menurut pegawai negeri, sekurang-kurangnya, dua orang terbunuh dalam sebuah kemalangan kereta di Crawford County di barat daya Kansas, kerana situasi jalan raya yang terlalu buruk.
“Kami masih berdepan dengan keadaan yang amat sukar di masa akan datang kerana salji disusuli angin kencang dan suhu yang amat sejuk,” kata Encik Brownback. - Reuters

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3