Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ribut taufan membadai Bahamas

Sep 02, 2019 | 08:12 AM



TITUSVILLE, FLORIDA - Taufan Dorian telah membadai Bahamas pada Ahad (1 Sept).



Ia adalah badai Atlantik kedua terkuat yang pernah dicatat.



Taufan Dorian semakin mendekati Amerika Syarikat, justeru sebahagian rakyat di wilayah Florida dipindahkan, sementara wilayah Georgia dan Carolinas sedang mempersiapkan diri untuk dibadai angin kencang dan dilanda banjir.



Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) Amerika Syarikat (AS) berkata Taufan Dorian pertama membadai Elbow Cay di Kepulauan Abaco sebagai badai Kategori 5, iaitu dengan angin maksimum antara 295km/jam hingga 354km/jam.



Ia membuat pendaratan kedua di Pulau Great Abaco berhampiran Pelabuhan Marsh dan kini berada 113km dari pantai Florida.



Seterusnya, Taufan Dorian mungkin akan membadai daratan AS, jika tidak, ia bererti Taufan Dorian telah menuju utara, ke Lautan Pasifik.



Namun, NHC membuat ramalan bahawa Taufan Dorian akan membadai Florida, serta membawa bersamanya hujan lebat dan angin kencang. 



Penduduk di Abaco memuat naik video di media sosial yang menunjukkan air bah mula meninggi di halaman rumah mereka, serta sebahagian daripada bumbung rumah musnah. 



NHC meramalkan hujan akan turun sehingga 76 sentimeter, sementara air laut akan meninggi sehingga 7 meter apabila Taufan Dorian tiba di AS.



Dengan angin sekencang 295km/jam, had kelajuan angin Taufan Dorian sama seperti yang dicatatkan apabila Taufan Gilbert (1988), Taufan Wilma (2005), dan taufan Hari Buruh 1935 membadai AS.



Justeru itu, Taufan Dorian merupakan taufan Atlantik kedua terkuat yang pernah dicatat berdasarkan angin maksimum yang berterusan. 



Taufan Allen pada 1980 adalah yang paling kuat, dengan angin sekencang 306km/jam, kata NHC.



Di Florida, sekurang-kurangnya tujuh daerah telah mengeluarkan arahan pemindahan wajib bagi sesetengah penduduk, termasuk di rumah mudah alih, di pulau-pulau penghalang serta di kawasan rendah.  - Berita Agensi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >