Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Risiko jangkitan semula lebih tinggi bagi Omicron berbanding Delta, tidak kurang teruk: Kajian Britain

Dec 18, 2021 | 04:29 PM



LONDON: Risiko jangkitan semula dengan varian koronavirus Omicron adalah lima kali lebih lebih tinggi dan tiada bukti ia kurang teruk daripada Delta, menurut satu kajian.



Dapatan kajian daripada Kolej Imperial London itu berdasarkan data Agensi Keselamatan Kesihatan Britain dan Perkhidmatan Kesihatan Nasional berkenaan mereka yang diuji positif Covid-19 dalam reaksi rantai polimerase (PCR) di England antara 29 November dan 11 Disember.



"Kami tidak menemui bukti (untuk kedua-dua risiko kemasukan ke hospital dan status gejala) bahawa Omicron mempunyai keterukan yang berbeza daripada Delta," kata kajian itu, walaupun ia menambah bahawa data mengenai kemasukan ke hospital masih sangat terhad.



Menurut kajian yang bertarikh 16 Disember itu, Omicron dikaitkan dengan risiko jangkitan semula 5.4 kali ganda lebih tinggi berbanding Delta.



Perlindungan yang diraih daripada jangkitan lalu terhadap jangkitan baru dengan Omicron mungkin serendah 19 peratus, kata Kolej Imperial (ICL) dalam satu kenyataan, sambil menyatakan bahawa kajian itu belum lagi dikaji semula.



Penyelidik mendapati risiko yang meningkat dengan ketara bagi jangkitan kes Omicron bergejala berbanding Delta bagi mereka yang telah menerima dos kedua vaksin sejak sekurang-kurangnya dua minggu, serta bagi mereka yang menerima dos penggalak sejak sekurang-kurangnya dua minggu.



Kajian itu melibatkan vaksin AstraZeneca and Pfizer.



Namun, Dr Clive Dix, bekas Pengerusi Pasukan Petugas Vaksin Britain, berkata adalah penting untuk tidak mentafsir data itu secara berlebihan.



"Kesimpulan yang dibuat adalah berdasarkan andaian tentang Omicron yang data mengenainya masih belum mencukupi," kata Dr Dix.



 "Sebagai contoh, kami tidak mempunyai data mengenai tindak balas imun di peringkat sel yang kini mungkin memacu keberkesanan vaksin."



"Ini adalah andaian penting yang hilang dalam pemodelan (kajian itu)." - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >