Riza Aziz didakwa atas pengubahan wang haram AS$248 juta
Jul 05, 2019 | 10:23 AM
KUALA LUMPUR: Anak tiri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Shahriz Abdul Aziz, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas lima pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah AS$248 juta ($336.3 juta)
Pihak pendakwa mengenakan lima tuduhan pengubahan wang haram terhadap Encik Riza, pengasas bersama firma produksi Hollywood Red Granite Pictures.
Encik Riza mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan itu, lapor Reuters.