YAYASAN Rahmatan Lil Alamin (RLAF) dengan kerjasama masjid-masjid di Singapura sedang menganjurkan usaha khas mengumpul dana untuk membantu mangsa gempa di Lombok serta mangsa banjir di Laos.
RLAF sedang mengadakan kutipan dana khas itu secara dalam talian menerusi laman Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) di https://zakat.sg/ePayment/donations.aspx bermula semalam hingga 24 Ogos ini.