KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia memperuntukkan siling perbelanjaan pembangunan RM260 bilion ($96.3 bilion) bagi pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) dari 2016 hingga 2020, lima tahun terakhir sebelum Malaysia memasuki era negara maju.
Jumlah itu lebih tinggi berbanding peruntukan RMK10 yang berakhir tahun ini, iaitu sebanyak RM230 bilion. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, membentangkan RMK11 di Dewan Rakyat semalam.