Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rombakan Kabinet mungkin sebelum APEC tahun depan: Dr Mahathir

Nov 21, 2019 | 09:53 AM



PETALING JAYA - Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan akan melakukan rombakan Kabinet sebelum penganjuran Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) tahun depan.



Pengumuman Dr Mahathir itu dilihat sebagai peringatan kepada anggota Kabinet sedia ada untuk meningkatkan prestasi mereka dan sebagai langkah memulihkan kembali imej kerajaan.



Dr Mahathir menjelaskan, rombakan Kabinet itu perlu dilakukan susulan kekalahan besar Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, baru-baru ini.



“Kita akui beberapa sebab kita mengalami kekalahan yang besar antaranya mungkin parti kita belum cukup matang dan belum susun parti kita dengan lengkap.



“Kita juga mendapati ada isu berkenaan ekonomi kerana kerajaan tidak dapat memberi bantuan seperti kerajaan sebelum ini.



“Ada juga keperluan kita melakukan rombakan Kabinet, jadi saya sebagai Perdana Menteri bertanggungjawab mengenai perkara ini,” katanya.



Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di sini, semalam (20 November).



Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, rombakan terbabit tidak boleh dibuat dengan terburu-buru kerana perlu meneliti dan mengkaji pencapai anggota Kabinet sedia ada. - Berita Harian Malaysia

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >