Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rosmah mengaku tidak bersalah terhadap 17 tuduhan pengubahan wang dan elak cukai

Oct 04, 2018 | 12:00 PM



KUALA LUMPUR: Isteri mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak, Rosmah Mansor, mengaku tidak bersalah pagi tadi terhadap 17 tuduhan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai, berjumlah lebih RM7 juta (S$2.3 juta). 



Dia didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Anti-Pengganasan serta Keuntungan dari Kegiatan Tidak Sah 2001 (Amla) di Mahkamah Sesyen 9 Kuala Lumpur kerana didakwa menerima RM7,097,750   dalam bentuk wang yang diperoleh daripada kegiatan pengubahan wang haram. 



Ini merupakan kali pertama dalam sejarah Malaysia di mana isteri seorang mantan perdana menteri didakwa. 



Dakwaan tersebut dibacakan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi, selepas mana Rosmah yang kelihatan tenang berkata: “Saya mohon bicara.” 



Selepas sesi mahkamah ditangguhkan, Rosmah keluar dari mahkamah sebelum hakim keluar dari dok. 



Kes ini ditetapkan untuk dibentangkan lagi pada 8 November. 



Jaminan ditetapkan pada RM2 juta, di mana RM500,000 mesti dibayar hari ini dan bakinya sebelum atau pada 11 Oktober. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >