Subuh
5:56
Syuruk
7:13
Zuhur
1:17
Asar
4:27
Maghrib
7:19
Isyak
8:28
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Dunia0

Rosmah tidak mengaku bersalah atas satu lagi tuduhan berhubung projek solar di Sarawak

Apr 10, 2019 | 03:36 PM

KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan menerima suapan RM5 juta ($1.65 juta) berhubung Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel untuk 369 sekolah di pedalaman Sarawak.

Rosmah, 68 tahun, tidak mengaku bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim.

Ditanya sama ada Rosmah mengaku bersalah atau tidak, isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu berkata: "Minta bicara”

Rosmah yang hadir berbaju kurung dan selendang hijau tiba di mahkamah kira-kira jam 8.56 pagi dengan ditemani anak lelakinya Norashman Najib dan diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Berdasarkan kertas pertuduhan, Rosmah didakwa menerima suapan untuk diri sendiri iaitu wang tunai RM5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd.

Berita Popular

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map