Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

RTS dijangka pacu ekonomi Johor: Sultan Ibrahim

Feb 23, 2021 | 05:30 AM



JOHOR BARU: Johor dijangka berkembang dalam masa lima tahun mendatang setelah selesainya Laluan Sistem Transit Laju (RTS Link) Johor Bahru-Singapura, yang akan membolehkan penumpang mengambil masa lima minit sahaja untuk ke Singapura, kata Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.



Sultan Ibrahim berkata beliau dimaklumkan bahawa RTS Link dijangka membawa sehingga 300,000 penumpang sehari.



"Ini akan meletakkan Johor sebagai laluan strategik ke Singapura, pada peringkat lebih tinggi.



"Bergerak di antara Johor dengan Singapura akan menjadi lebih cepat dan mudah," kata beliau dalam satu temu ramah bersempena Tahun Baru Cina.



Menurut Sultan Ibrahim, harga hartanah akan meningkat kerana RTS akan menjadikan langkah menetap dan bekerja di Johor lebih mudah bagi kededua pihak.



"Terdapat manfaat bersama yang boleh diraih daripada RTS kerana laluan ini akan mengurangkan tekanan ke atas ruang di Singapura.



"Ia akan menyepadukan kededua masyarakat lebih erat lagi.



"Johor berharap untuk menawarkan diri sebagai hab teknologi dan perubatan. Terdapat potensi yang besar," tambah beliau.



Sultan Ibrahim menjelaskan sektor perhotelan dan pelayanan akan menerima dorongan lebih kuat daripada projek laluan itu.



RTS Link sepanjang 4 kilometer (km) - 2.7 km daripada laluannya di Malaysia dan 1.3 km di Singapura - akan menghubungkan stesen Bukit Chagar di Johor dengan stesen Woodlands North di Singapura.



Kerja pembinaan projek di Bukit Chagar telah bermula pada November tahun lalu dengan Malaysia memulakan pemeriksaan awam selama tiga bulan, ke atas projek itu pada bulan lalu.



Stesen RTS Link akan disepadukan dengan rangkaian pengangkutan awam di Johor dan Woodlands.



Menteri pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata daripada laluan sepanjang 4 km itu, seluas 2.7 km akan berada dalam kawasan Malaysia.



Laluan itu akan melalui bawah tanah apabila ia tiba di Singapura, kata Datuk Seri Wee.



Dengan keupayaan sehingga 10,000 penumpang sejam bagi setiap hala, RTS Link dijangka membawa sehingga 300,000 penumpang sehari.



Masa perjalanan adalah hanya lima minit dan semasa waktu sibuk, kereta api akan bergerak selang 3.6 minit.



Sultan Ibrahim menjelaskan bahawa RTS akan memberi manfaat ekonomi yang banyak kepada Johor dan mengakhiri masalah kesesakan trafik di Koswe.



Tambahnya akan terdapat kesan lain daripada pembinaan RTS, memandangkan ribuan pekerjaan diwujudkan untuk penduduk Johor, terutamanya kontraktor dan pembekal setempat.



Kos keseluruhan projek RTS, yang sebelum ini ditangguhkan atas permintaan Malaysia, dianggarkan bernilai RM10 bilion ($3.25 bilion).



Kededua negara telah bersetuju dengan pembahagian kos 61:39, dengan Malaysia membelanjakan RM3.716 bilion bagi projek tersebut.



Datuk Seri Wee juga berkata bagi tujuan pemeriksaan kastam, satu kemudahan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) baru akan dibina untuk penumpang RTS Link, berasingan daripada CIQ yang ada sekarang.



Projek RTS Link seharusnya selesai pada 2024, tetapi kerja-kerja telah ditangguh.



Penangguhkan kerja telah dilanjutkan tiga kali atas permintaan Malaysia. - The Star/Asia News Network.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >