PARIS: POLIS antarabangsa (Interpol) kelmarin menolak dakwaan Malaysia bahawa amalan memanfaat pangkalan data Interpol, sebelum membenarkan pengunjung memasuki negara itu, akan melambatkan proses pemeriksaan imigresen.
"Pangkalan data SLTD (Dokumen Perjalanan Hilang atau Dicuri) Interpol hanya mengambil masa beberapa saat bagi mendedahkan sama ada pasport disenaraikan, dengan ujian baru-baru ini menunjukkan keputusan diraih dalam masa 0.2 saat," kata agensi itu dalam satu kenyataan.