Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rumah Putih beri China jaminan tiada perubahan dasar

Dec 06, 2016 | 10:31 AM



WASHINGTON/BEIJING: Rumah Putih berkata pada Isnin (5 Dis) ia telah berusaha meyakinkan China selepas perbualan telefon antara bakal Presiden Donald Trump dengan pemimpin Taiwan minggu lalu, yang pentadbiran Obama beri amaran boleh menjejas kemajuan dalam hubungan dengan Beijing.



Kenyataan daripada jurucakap Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, menekankan kebimbangan mengenai kesan sampingan yang mungkin berlaku daripada perbualan telefon luar kebiasaan antara Encik Trump dengan Presiden Taiwan, Cik Tsai Ing-wen, Jumaat lepas (2 Dis), yang menyebabkan bantahan diplomatik dari Beijing pada Sabtu.



Jurucakap Rumah Putih Josh Earnest berkata pegawai kanan Majlis Keselamatan Negara bercakap dua kali dengan pegawai China hujung minggu lalu untuk meyakinkan mereka komitmen Washington pada dasar "satu China" dan "mengulangi dan menjelaskan komitmen berterusan Amerika Syarikat pada dasar lama kami mengenai China".



Dasar itu telah dilaksana selama 40 tahun dan memberi tumpuan pada menggalak dan menjaga keamanan dan kestabilan di selat yang memisahkan China dan Taiwan, yang demi kepentingan Amerika, kata Encik Earnest.



"Jika pasukan bakal presiden mempunyai matlamat berbeza, saya akan serahkan kepada mereka untuk menerangkannya," ujar beliau.



"Kerajaan China di Beijing meletak keutamaan sangat besar pada keadaan ini, dan ia adalah satu perkara sensitif. Sebahagian kemajuan yang telah kita capai dalam hubungan kita dengan China boleh terjejas oleh isu ini," kata beliau.



Perbualan telefon dengan Taipei itu adalah yang pertama oleh seorang bakal presiden atau presiden Amerika sejak Presiden Jimmy Carter mengubah pengiktirafan diplomatik ke China dari Taiwan pada 1979, sekali gus menerima bahawa Taiwan sebahagian daripada "satu China".



China menganggap Taiwan sebahagian daripada wilayahnya.



Terdahulu pada Isnin, Kementerian Luar China berkata Encik Trump tahu jelas pendirian China mengenai isu Taiwan dan China telah mengekalkan hubungan dengan pasukannya.



Bakal naib presiden Mike Pence berusaha meredakan kedudukan dengan berkata pada Ahad bahawa perbualan telefon itu ialah "panggilan adalah "panggilan hormat", dan tidak bertujuan menunjukkan perubahan dalam dasar Amerika mengebnai China. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >