WASHINGTON: Rumah Putih sedang menimbang sekatan tambahan ke atas Russia, kata pegawai kanan pentadbiran Presiden Donald Trump kelmarin, menolak dakwaan bahawa Presiden Amerika Syarikat itu berlembut terhadap Moscow.
Bercakap dengan syarat nama mereka tidak disiarkan, para pegawai berkata sebuah "pasukan petugas" telah dibentuk bagi mengatasi potensi campur tangan dalam pilihan raya kongres 2018 dan kerja sedang dijalankan untuk memperkenal sekatan sebagai tindak balas terhadap campur Moscow dalam kempen 2016.