Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rumah Sakit Indonesia di Gaza hampir lumpuh, kurang bekalan perubatan

Nov 17, 2023 | 02:55 PM



GAZA: Rumah Sakit Indonesia di utara Gaza telah ‘tidak beroperasi sepenuhnya’ kerana kekurangan bekalan dan terlalu ramai pesakit yang memerlukan rawatan di tengah-tengah serangan Israel ke atas wilayah yang dikepung, kata pengarahnya, Encik Atef al-Kahlout.


Rakaman dari hospital di Beit Lahiya di utara Jaluran Gaza itu menunjukkan rakyat Palestin yang cedera beratur menunggu rawatan dan sesetengahnya dilihat terbaring.

“Kami tidak boleh menawarkan perkhidmatan lagi… kami tidak boleh menawarkan sebarang katil kepada pesakit,” kata Encik Atef kepada media pada Khamis.

Walaupun rumah sakit itu mempunyai kapasiti 140 pesakit, Encik Atef berkata kira-kira 500 pesakit kini berada di dalam hospital.

Beliau berkata 45 pesakit memerlukan “pembedahan segera”, dan menyeru ambulans “supaya tidak membawa orang yang cedera lagi” ke rumah sakit itu kerana kekurangan kapasiti.

Beliau berkata beberapa jabatan di rumah sakit itu “tidak dapat menjalankan kerja mereka seperti biasa kerana menghadapi masalah kekurangan bekalan yang kritikal.

“Kami tidak mempunyai katil lagi,” kata seorang pekerja kesihatan kepada media.

“Orang ini memerlukan rawatan di unit jagaan rapi,” tambahnya sambil menunjuk ke arah seorang pemuda yang terbaring di atas tanah sambil dijaga oleh seorang jururawat.

“Dan di sini ada lagi,” katanya sambil menunjuk kepada seorang pesakit kudung kaki, “masalahnya ialah kami tidak mempunyai ubat.”

“Kami menerima orang yang cedera dari Wadi Gaza ke Beit Hanoon,” katanya, “ada yang telah berada di sini selama 10 hari”.

Hampir 30,000 rakyat Palestin telah cedera sejak Israel memulakan serangan ke atas Gaza pada 7 Oktober selepas Hamas melakukan serangan mengejut ke atas selatan Israel, membunuh kira-kira 1,400 orang, menurut pihak berkuasa Israel.

Lebih 11,400 orang terbunuh, termasuk lebih 4,600 kanak-kanak, dalam serangan berterusan Israel ke atas Gaza, menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin.

Israel juga telah memutuskan bekalan air, makanan, elektrik dan bahan api dengan agensi bantuan kemanusiaan memberi amaran tentang malapetaka kemanusiaan di kawasan itu.

Pihak rumah sakit tidak dapat memindahkan mangsa yang cedera ke tempat lain.

“Semua hospital di Kota Gaza dan di bahagian utara telah berhenti beroperasi,” ujar Encik Atef.

Rumah Sakit Indonesia, yang terletak berhampiran kem pelarian Jabalia, juga telah melindungi ratusan orang yang kehilangan tempat tinggal.

Persekitaran rumah sakit itu telah diserang beberapa kali oleh tentera Israel, dengan sekurang-kurangnya dua orang awam terbunuh dalam serangan antara 7 dengan 28 Oktober, menurut Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >