HONGKONG: Pemimpin pelajar Hongkong semalam berkata mereka sudah berpatah arang daripada meneruskan rundingan dengan pemerintah selepas mendakwa pihak berkuasa bandar raya itu gagal menawarkan penyelesaian yang bermakna bagi mengakhiri protes.
Kenyataan tersebut memberi tamparan hebat buat pemimpin Hongkong yang disokong Beijing, kerana mereka sebelum ini meletakkan harapan tinggi dalam menemui kata sepakat selepas bersemuka dengan pelajar berkenaan malam kelmarin.