Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERHIMPUNAN AGUNG PBB

Russia akan hanya undur jika Putin sedar tidak akan menang: Canselor Jerman

Sep 22, 2022 | 05:30 AM



NEW YORK: Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, akan melepaskan "cita-cita empayarnya" yang berisiko memusnahkan Ukraine dan Russia, hanya apabila menyedari beliau tidak akan menang dalam peperangan itu, kata Canselor Jerman, Encik Olaf Scholz.



"Itulah sebabnya kita tidak menerima sebarang usaha damai dari Russia, dan kerana itu juga Ukraine harus berupaya mengekang serangan-seraangan Russia," kata Encik Scholz kelmarin semasa berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).



Mengembalikan empayarnya, dengan perang ke atas Ukraine yang dilancarkan oleh Encik Putin bukan sahaja satu malapetaka bagi Eropah, malah global, dan pemerintahan damai berasaskan peraturan.



Encik Scholz menyeru PBB supaya mempertahankan prinsip itu daripada mereka yang senang melihat dunia ini di mana "yang kuat memerintah yang lemah".



"Adakah kita mahu menyaksikan saja dengan tidak berdaya, tindakan orang yang ingin membawa semula dunia ini di mana peperangan adalah kaedah politik, negara-negara merdeka menyertai jiran yang lebih kuat atau kuasa penjajah di mana kedaulatan dan keamanan adalah hak mereka yang bernasib baik saja?" tanya beliau.



"Atau kita uruskan bersama bagi memastikan dunia berbilang polar di abad ke-21 ini kekal sebagai dunia berbilang negara? Jawapan saya, sebagai rakyat Jerman dan Eropah, adalah: Kita mesti menguruskannya," tambahnya.



Untuk mencapainya dengan lebih baik lagi, selatan global perlu lebih banyak bersuara dalam ehwal dunia, kata Encik Scholz.



Tanggungjawab yang lebih besar akan membawa kepada penglibatan yang lebih besar, katanya lagi.



Sekutu-sekutu Barat sedang bersaing dengan Russia untuk mengembangkan pengaruh diplomatik sejak Kremlin mula menyerang Ukraine pada 24 Februari lalu.



Encik Scholz mengumumkan bahawa Berlin akan menjadi tuan rumah kepada satu persidangan mengenai pembangunan semula Ukraine pada 25 Oktober nanti.



Jerman akan membantu pemerintah Kyiv dengan "kos yang besar bagi membangun semula negara itu," katanya. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >