Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Russia catat peningkatan kes harian tertinggi

May 3, 2020 | 7:34 PM
PERJUANGAN RUSSIA MENENTANG COVID-19: Sepanjang tempoh cuti panjang Hari Buruh dan Hari Kemenangan Perang Dunia Kedua, penduduk Russia dinasihatkan agar duduk di rumah bagi mengekang koronavirus. - Foto EPA-EFE/YURI KOCHETKOV
PERJUANGAN RUSSIA MENENTANG COVID-19: Sepanjang tempoh cuti panjang Hari Buruh dan Hari Kemenangan Perang Dunia Kedua, penduduk Russia dinasihatkan agar duduk di rumah bagi mengekang koronavirus. - Foto EPA-EFE/YURI KOCHETKOV -

MOSCOW - RUSSIA mencatatkan peningkatan harian tertinggi bagi kes koronavirus yang dikenal pasti dengan 10,633 kes dikesan hari ini.

Dengan jumlah tersebut, bilangan kes di Russia kini mencecah 134,687 kes dengan lebih separuh kes jangkitan dan kematian berlaku di Moscow.

Namun, kadar kematian kian berkurangan sejak beberapa hari ini dan kekal rendah berbanding banyak negara lain.

Menurut pihak berkuasa Russia, kadar kematian yang rendah itu adalah kerana wabak di Russia itu berlaku lebih lewat daripada kebanyakan negara lain. Justeru itu, mereka mempunyai lebih banyak masa bagi mempersiapkan diri mereka.

Angka kematian Russia meningkat kepada 1,280 hari ini selepas 58 orang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lalu, jelas laman pusat respons krisis koronavirus.

Negara ini mengenakan perintah berkurung di beberapa kawasan sejak lewat Mac lalu bagi mengekang koronavirus.

Penduduk Moscow hanya diizinkan keluar rumah untuk ke kedai makanan atau farmasi berhampiran, membawa anjing mereka keluar bersiar-siar atau bagi membuang sampah tetapi memerlukan pas khas buat kegiatan lain.

Presiden Vladimir Putin pula telah mengumumkan perintah berkurung seluruh negara kekal hingga 11 Mei ini apabila Russia tamat cuti Hari Buruh dan Hari Kemenangan Perang Dunia Kedua. Semalam, Mayor Moscow, Sergei Sobyanin pula menggesa penduduk agar duduk di rumah sahaja sepanjang cuti panjang itu. - Agensi Berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg