Subuh
5:37
Syuruk
6:53
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

Russia lancar lagi peluru berpandu hipersonik

Mar 21, 2022 | 05:30 AM

MOSCOW: Russia semalam memaklumkan tenteranya sekali lagi melancarkan peluru berpandu hipersonik terbaharu di Ukraine.

Kementerian Pertahanan Russia memaklumkan, pelancaran peluru berpandu hipersonik Khinzal itu memusnahkan pusat simpanan minyak di selatan Ukraine.

"Tentera Russia melancarkan satu lagi peluru berpandu hipersonik terhadap pusat simpanan minyak dan pelincir untuk kegunaan tentera Ukraine.

"Pusat simpanan tersebut terletak berhampiran Kostyantynivka di Mykolaiv," menurut kementerian tersebut.

Kelmarin Russia mendakwa menggunakan peluru berpandu hipersonik Kinzhal buat pertama kali di Ukraine untuk memusnahkan sebuah tempat penyimpanan senjata di barat negara itu.

Peluru berpandu hipersonik bergerak lebih laju berbanding kelajuan bunyi sekali gus menjadikannya sukar untuk dijejaki dan dipintas.

Pasukan tentera Russia menggunakan teknologi itu untuk menyerang depoh senjata bawah tanah di kampung Deliatyn, kira-kira 100 kilometer (km) dari sempadan Ukraine dengan Romania.

Dalam masa yang sama, Menteri Luar China, Wang Yi berkata negara itu akan berada di pihak yang benar dan pendirian mereka selari dengan kemahuan banyak negara lain.

"China tidak akan menerima sebarang paksaan atau tekanan luar malah menentang sebarang tuduhan dan syak wasangka yang tidak berasas terhadap kami," katanya kepada media menurut satu kenyataan yang dikeluarkan kementeriannya semalam.

Kenyataan Encik Yi itu dibuat selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan amaran kepada rakan sejawatannya dari China, Encik Xi Jinping, kelmarin mengenai 'akibat' sekiranya Beijing memberi sokongan material kepada pencerobohan Russia ke atas Ukraine.

Semasa panggilan video itu, Encik Xi memberitahu Encik Biden bahawa perang di Ukraine mesti ditamatkan secepat mungkin dan meminta anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) untuk mengadakan dialog dengan Moscow.

Beliau bagaimanapun tidak mengeluarkan kenyataan menyalahkan Russia.

Encik Yi berkata, mesej paling penting yang dihantar Encik Jinping ialah China sentiasa menjadi kuasa untuk mengekalkan keamanan dunia.

"Kami sentiasa berdiri untuk mengekalkan keamanan dan menentang perang.

"Kedudukan China adalah objektif dan adil dan selaras dengan kehendak kebanyakan negara. Masa akan membuktikan bahawa dakwaan China berada di pihak yang benar," kata Encik Yi yang mengulangi bahawa China akan membuat pertimbangan bebas.

AS dan sekutu Eropah serta Asia mengenakan sekatan menyeluruh ke atas Russia kerana pencerobohan 24 Februari ke atas jirannya, yang yang digelar perang pencerobohan Presiden Vladimir Putin. - Agensi berita

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3