Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Russia perhebat serangan di timur Ukraine

Jun 28, 2022 | 05:30 AM



KYIV: Tentera Russia semalam meneruskan serangan untuk menawan pula Lysychansk, bandar utama terakhir yang masih dikuasai tentera Ukraine di wilayah Luhansk di timur negara itu, sedang kumpulan pemisah pro-Russia berkata mereka sedang mara dalam pelbagai arah ke bandar itu.



Dalam satu kemenangan kepada Kremlin, bandar kembar Lysychansk, Sievierodonetsk, tapak beberapa pertempuran paling berdarah, sebelum ini jatuh ke tangan pasukan pro-Russia Sabtu lalu.



Sementara itu, peluru berpandu Russia juga menyerang ibu kota Kyiv buat kali pertama dalam beberapa minggu kelmarin, serangan yang dikutuk Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, yang digelarnya sebagai "biadab".



Agensi berita Tass kelmarin memetik seorang pegawai pemisah sebagai berkata tentera Moscow telah memasuki Lysychansk dari lima arah dan mengasingkan pertahanan Ukraine.



Pihak tentera Russia pula berkata pihaknya menggunakan meriam untuk cuba memotong Lysychansk dari selatan tetapi tidak menyebut tentang kumpulan pemisah memasuki bandar itu.



Pesawat Russia turut menyerang kawasan berhampiran Lysychansk, tambah pegawai Russia semalam.



Agensi berita RIA memetik seorang pegawai pemisah sebagai berkata pasukan pemisah kelmarin memindahkan lebih 250 orang, termasuk kanak-kanak, dari loji kimia Azot di Sievierodonetsk.



Kawasan industri itu adalah bahagian terakhir Sievierodonetsk yang dikuasai tentera Ukraine sebelum mereka berundur Sabtu lalu selepas pertempuran hebat berminggu-minggu yang menyebabkan bandar itu hancur.



Luhansk dan kawasan jiran Donetsk membentuk wilayah Donbas di timur Ukraine - kawasan perindustrian negara itu.



Sementara itu, penasihat presiden Ukraine, Encik Oleksiy Arestovych, berkata peluru berpandu Russia telah membedil bandar tengah Cherkasy kelmarin, merosakkan jambatan strategik yang menghubungkan Ukraine barat dan medan perang di timur.



"Mereka cuba mengehadkan pemindahan askar tambahan kami dan senjata Barat ke timur," katanya kepada Reuters.



Jurucakap pentadbiran wilayah Odesa, Encik Serhiy Bratchuk, pula berkata serangan peluru berpandu di wilayah Odesa, di selatan Ukraine, telah memusnahkan bangunan kediaman dan menyebabkan kebakaran.



Namun Russia masih menafikan menyasarkan orang awam.



Dalam satu ucapan hariannya, Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, berkata negaranya memerlukan sistem pertahanan udara moden untuk menangkis peluru berpandu Russia.



"Rakan perlu bergerak lebih pantas jika mereka benar-benar rakan kami, bukan sebagai pemerhati.



"Kelewatan pemindahan senjata ke negara kami, ini sebenarnya adalah undangan buat Russia untuk menyerang lagi dan lagi," tambahnya. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >