Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Russia perluas bedilan ke atas beberapa bandar lain Ukraine

Mar 12, 2022 | 05:30 AM



KYIV: Tentera Russia meluaskan serangannya ke merata Ukraine, dengan melakukan serangan buat kali pertama ke atas bandar lain di Ukraine, seperti Lutsk di barat laut, Ivano-Frankivsk di barat dan Dnipro di tengah-timur Ukraine.



Ini sedang ibu kota, Kyiv, dan kawasan sekitarnya terus diserang Russia yang dilaporkan berusaha mendekati bandar itu.



Penasihat presiden Ukraine, Encik Mykhaylo Podolyak, berkata "bandar-bandar besar Ukraine sekali lagi diserang".



"Perang kemusnahan Russia terhadap orang awam dan bandar besar berterusan," ciapnya di Twitter.



Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, menyatakan hasrat negara itu mahu menamatkan hubungan perdagangan biasa dengan Russia, yang membuka jalan untuk meningkatkan tarif ke atas import Russia, sebagai hukuman atas pencerobohannya ke atas Ukraine, ujar beberapa sumber.



Langkah itu akan diselaraskan dengan anggota negara Kumpulan Tujuh (G-7) selain memerlukan tindakan Kongres. Penggubal undang-undang di kededua Dewan Kongres telah menyatakan sokongan ke atas tindakan itu.



Pada masa sama, Senat Amerika telah mengundi meluluskan undang-undang yang menyediakan AS$13.6 bilion ($18.5 bilion) untuk membantu Ukraine membiayai pembelian peluru dan bekalan alat ketenteraan lain, serta sokongan kemanusiaan.



Sementara itu, imej satelit menunjukkan konvoi besar Russia di utara Kyiv telah berpecah kepada beberapa kedudukan baru, kemungkinan dalam proses bagi satu serangan ke atas ibu kota Ukraine itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >