Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Russia rancang bawa pelancong pertama ke angkasa pada 2023

Jun 26, 2020 | 9:33 AM
Seorang lelaki bercakap di telefonnya di depan gambar kapal angkasa Russia Soyuz berlepas, di tengah Moscow pada 2 Jun 2020.
Seorang lelaki bercakap di telefonnya di depan gambar kapal angkasa Russia Soyuz berlepas, di tengah Moscow pada 2 Jun 2020. - AFP

MOSCOW: Syarikat angkasa Russia , Energia, pada Khamis (25 Jun) berkata ia akan membawa pelancong pertamanya ke angkasa pada 2023, berdasarkan syarat kontrak baru dengan rakan kongsi Amerika Syarikat.

Energia telah menandatangani kontrak dengan Space Adventures, yang berjanji akan membawa dua pelancong angkasa ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada tahun itu. "Kami merancang agar salah satu peserta ekspedisi itu melakukan perjalanan angkasa dari segmen Russia, bersama dengan angkasawan profesional Russia," kata Energia, yang merupakan sebahagian daripada agensi angkasa Russia, Roscosmos. Pengumuman itu dibuat beberapa hari selepas Nasa menandatangani perjanjian dengan syarikat pelancongan ruang angkasa Virgin Galactic milik Richard Branson untuk mempromosikan misi privet ke stesen itu setelah mengikuti program latihan khas di Amerika. Ia juga menyusuli misi pertama yang berjaya dilakukan oleh SpaceX Elon Musk bulan lalu yang membawa angkasawan ke stesen itu menaiki kapal angkasa Crew Dragon yang boleh digunakan semula, mengakhiri hampir satu dekad Russia memegang monopoli menghantar manusia ke orbit. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg