Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

Russia sambung semula salur gas ke Eropah

Jul 22, 2022 | 05:30 AM



BERLIN: Russia mula menghantar semula gas melalui saluran paip terbesarnya ke Eropah selepas tempoh penyelenggaraan 10 hari.



Aliran melalui saluran Nord Stream yang menghubungkan Russia ke Jerman dimulakan semula semalam, kata jurucakap pengendali saluran paip itu.



Memulihkan aliran ke tahap yang diminta akan mengambil sedikit masa, tambahnya.



Penyambungan semula aliran gas akan memberikan sedikit kelegaan kepada benua Eropah yang berlumba-lumba untuk menyimpan bahan tenaga itu sebelum musim sejuk.



Pesanan bagi eksport memberi isyarat penghantaran gas melalui saluran paip akan disambung semula pada 40 peratus kapasiti, tahap sama sebelum penyelenggaraan.



Moscow telah membataskan penghantaran gas ke Eropah selama berbulan-bulan, tetapi benua itu masih bergantung pada apa jua bekalan yang diperolehinya untuk mengisi tempat-tempat simpanan gasnya.



Tanpa gas Russia, Eropah tidak mungkin mempunyai bekalan mencukupi untuk memanaskan rumah dan memastikan lampu menyala sepanjang musim sejuk.



Risikonya adalah kerosakan ekonomi yang besar.



Pada masa yang sama, penggubal dasar sedang bersiap sedia bagi senario terburuk, dengan Kesatuan Eropah (EU) kelmarin mendedahkan rancangan untuk cuba mengekang penggunaan gas sebanyak 15 peratus.



Pesuruhjaya Belanjawan, Encik Johannes Hahn, malah berkata beliau tidak menjangka saluran paip gas itu akan beroperasi semula.



"Sekiranya aliran disambung semula dan secara meluas selaras dengan permintaan, saya jangkakan beberapa tekanan jangka pendek ke atas harga (gas)," kata Encik Warren Patterson, ketua strategi komoditi bank Belanda, ING Groep NV.



"Namun, jelas masih terdapat banyak ketidakpastian tentang bagaimana aliran akan berkembang dalam minggu dan bulan mendatang, jadi pasaran masih perlu menetapkan harga dalam premium risiko yang agak besar."



Aliran gas pada paras 40 peratus boleh menyebabkan harga jatuh, menurut Goldman Sachs Group Inc.



"Sebilangan besar pelanggan yang menjangka saluran paip kekal pada sifar (aliran) selepas penyelenggaraan menunjukkan kemungkinan penjualan besar harga gas Eropah dari paras semasa," ujar penganalisis termasuk Encik Samantha Dart dalam satu laporan syarikat kewangan itu.



Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, telah memberi petanda bahawa aliran gas boleh jatuh kepada 20 peratus seawal minggu depan.



Hanya dua turbin di stesen pemampat di Russia, yang menyalurkan saluran paip, sedang berfungsi dengan salah satu daripadanya perlu menjalani penyelenggaraan bulan ini.



Penutupan sepenuhnya bekalan gas Russia akan meletakkan Jerman, ekonomi terbesar Eropah, risiko kehilangan hampir 5 peratus daripada pengeluaran ekonominya, demikian menurut Dana Kewangan Antarabangsa (IMF). - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >