Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Russia, AS, Saudi dan Turkey akan bincang tentang Syria

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Russia, AS, Saudi dan Turkey akan bincang tentang Syria

Oct 23, 2015 | 03:03 PM

VIENNA: Diplomat kanan dari Russia, Amerika Syarikat, Arab Saudi dan Turkey akan mengadakan perbincangan mengenai perang di Syria pada Jumaat (23 Okt), selepas Moscow menyertai konfik itu dengan kempen pengeboman bagi menyokong Presiden Bashar Al-Assad.

Utusan dari Washington, Riyadh dan Ankara - semuanya menyokong kumpulan yang berjuang menentang Encik Assad - akan menyoal Menteri Luar Russia, Encik Sergei Lavrov, di Vienna pemimpin Syria itu membuat lawatan mengejut ke Moscow bagi menemui Presiden Vladimir Putin pada Selasa.

Pada 30 September, Russia melancarkan serangan udara di Syria yang merubah dinamik perang empat dan setengah tahun itu - membolehkan tentera Encik Assad yang keletihan melancarkan ofensif dan membayangi pengeboman pasukan perikatan pimpinan Amerika ke tas kumpulan militan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS).

Amerika dan sekutunya di rantau itu mengutuk serangan Russia, menyatakan ia tidak menyasarkan ISIS tetapi kumpulan lain yang menentang Encik Assad.

Washington dan sekutu serantaunya menegaskan Encik Assad harus disingkir bagi mewujudkan peluang untuk penyelesaian politik bagi pertempuran yang telah menelan lebih 250,000 nyawa itu, tetapi Moscow berkata ia mesti membantu beliau menewaskan ISIS dan "pengganas' lain sebelum rundingan boleh diadakan bagi pembaharuan. - AFP

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3