Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Russia tawan pulau di Laut Hitam

Seramai 82 askar serah diri, seramai 13 lain terbunuh
Feb 25, 2022 | 06:09 PM



MOSCOW: Seramai 82 askar Ukraine menyerah diri setelah tentera Russia menawan Pulau Zmiinyi Island di Laut Hitam, menurut Kementerian Pertahanan Russia hari ini.



Selain itu, kesemua 13 pengawal sempadan yang ditempatkan di pulau di selatan bandar pelabuhan Odessa itu terbunuh dalam serangan kapal tentera laut Russia, menurut pegawai Ukraine.



Di ibu negara Ukraine, Kyiv, letupan dan tembakan kedengaran di wilayah utara apabila tentera Russia mula menyusup masuk.



Orang ramai bertempiaran lari di daerah Obolonsky, di tengah bunyi tembakan dan letupan kecil di pusat bandar.



Difahamkan, tentera Russia sudah berada di pinggir Kyiv sejak semalam dan pasukan tentera udaranya menggunakan helikopter untuk menyerang lapangan terbang berhampiran Obolonsky.



Menurut Kementerian Pertahanan Russia, pasukan payung terjun akan dikerahkan untuk menjaga loji nuklear Chernobyl nuclear dekat KYIV, yang kini ditutup.



Tentera Russia, yang memulakan operasi tentera sepenuhnya kelmarin, mendakwa sudah memusnahkan 118 prasarana tentera Ukraine.



Kementerian Dalam Negeri Ukraine mendakwa, Russia menyerang 33 sasaran awam dalam masa 24 jam lalu, menurut laporan agensi berita Interfax.



"Russia berkata mereka tidak menyasarkan orang awam tetapi 33 lokasi orang awam dibom dalam tempoh 24 jam lalu," kata seorang pegawai kementerian terbabit.



Mereka juga mendakwa berjaya mematahkan serangan terhadap pangkalan udara Gostomel tetapi pasukan Russia dilihat sudah memasuki tebing barat sungai Dnieper dari Belarus.



Menteri Pertahanan Ukraine, di laman Facebooknya, menggesa penduduk tempatan menentang pencerobohan tentera Russia.



"Kita gesa mereka memberi maklumat mengenai pergerakan tentera Russia dan menyediakan bom molotov bagi menentang musuh," katanya. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >