Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:24

Russia, Ukraine saling tukar tahanan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

Russia, Ukraine saling tukar tahanan

Mar 26, 2022 | 05:30 AM

KYIV: Russia dan Ukraine saling bertukar-tukar tahanan, demikian disahkan semalam oleh kedua-dua pihak Kyiv dan Moscow, dalam apa yang disifatkan Ukraine sebagai pertukaran tahanan tentera yang pertama sejak Moscow mengarahkan tenteranya menceroboh masuk ke Ukraine sebulan yang lalu.

"Ekoran arahan daripada Presiden Volodymyr Zelensky, pertukaran sepenuhnya tahanan perang itu pertama kali dilakukan," kata Naib Perdana Menteri Ukraine, Cik Iryna Vereshchuk dalam satu catatan yang dimuat naik di Facebook.

"Sebagai pertukaran bagi 10 askar mereka, kami telah menyelamatkan 10 orang anggota perkhidmatan kami," kata beliau merujuk kepada askar-askar Russia dan Ukraine.

Cik Vereshchuk juga berkata bahawa 11 orang pelaut awam Russia yang telah diselamatkan dekat bandar pelabuhan Odessa di Laut Hitam ditukarkan dengan 19 orang anak kapal awam Ukraine yang ditahan oleh Moscow.

"Saya mengesahkan maklumat ini tentang pertukaran 10 orang anggota perkhidmatan Russia yang ditahan di wilayah Ukraine dengan 10 orang anggota perkhidmatan Ukraine.

"Juga ada pertukaran pelaut awam Russia dengan pelaut awam Ukraine," kata seorang penyelenggara badan usaha milik negara Russia, Cik Tatiana Moskalkova.

Kementerian Ehwal Luar Russia mengatakan awal minggu ini bahawa Moscow telah selesai melakukan dua pertukaran sejak ia melancarkan serangan ke atas Ukraine lewat bulan lalu.

Cik Moskalkova berkata, sembilan orang tahanan Russia telah ditukarkan dengan seorang mayor (datuk bandar) Melitopol, sebuah bandar di tenggara Ukraine yang ditawan oleh tentera Russia.

Cik Vereshchuk pula mengesahkan pertukaran itu kelmarin tetapi menafikan adanya pertukaran yang lain.

Dalam satu ucapan yang disiarkan melalui sebuah video kelmarin, Cik Vereshchuk juga telah menyatakan bahawa Russia telah menahan 14 orang pegawai Ukraine, kebanyakannya anggota dewan perundangan tempatan atau perwakilan majlis perbandaran.

Beliau mendesak supaya orang-orang tahanan itu dibebaskan dan berkata bahawa menahan orang-orang awam adalah bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

Dengan memberi contoh tentang rakyat Ukraine yang dibebaskan daripada kawasan yang diduduki Russia, Cik Vereshchuk turut menuduh tentera Russia melakukan kekerasan.

Beliau berikrar akan mendakwa perbuatan jenayah seperti ini di mahkamah The Hague.

"Semua anggota tentera Russia yang mendengar kenyataan saya ini harus faham bahawa kami tidak akan membiarkan sesiapa pun terlepas daripada hukuman," ujar beliau. - AFP


"Ekoran arahan daripada Presiden Volodymyr Zelensky, pertukaran sepenuhnya tahanan perang itu pertama kali dilakukan. Sebagai pertukaran bagi 10 askar mereka, kami telah menyelamatkan 10 orang anggota perkhidmatan kami."
- Naib Perdana Menteri Ukraine, Cik Iryna Vereshchuk

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3