Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rusuhan AS: Beberapa pihak desak Trump disingkir

Jan 09, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON DC: Sedang keadaan di Amerika Syarikat terus bergolak ekoran kejadian serangan dan pencerobohan ke atas bangunan Capitol di Washington DC kelmarin, terdapat banyak suara yang mahukan presiden negara itu, Encik Donald Trump, disingkirkan.



Ini ekoran peranannya dalam memberi ucapan berapi-api kepada penyokongnya sehingga mereka kemudian melakukan pencerobohan itu.



Penyingkiran itu termasuk melalui pendakwaan segera yang dilaporkan mahu dilakukan pihak Kongres mahupun penggunaan pindaan ke-25.



Pindaan tersebut membolehkan majoriti anggota Kabinet Encik Trump sendiri untuk menyingkirkan presiden yang dianggap tidak dapat melaksanakan tugasnya.



Pada masa sama, Speaker Dewan Perwakilan Amerika, Cik Nancy Pelosi, menyifatkan Encik Trump sebagai "orang yang sangat bahaya yang tidak seharusnya terus memegang jawatan".



Beliau juga menyalahkan secara langsung Encik Trump pada apa yang dianggapnya sebagai satu "percubaan merampas kuasa", sambil menyatakan bahawa presiden Amerika itu "menghasut pemberontakan bersenjata terhadap Amerika".



Tetapi petang kelmarin, Presiden Trump pertama kalinya muncul untuk mengakui keputusan pilihan raya.



Kembali mengirimkan pos di Twitter sejak dikenakan larangan selama 12 jam oleh platform tersebut, Encik Trump menyuarakan kenyataan pendamaian dalam pesanan video yang dirakam.



"Kita baru saja melalui pemilihan yang hebat dan emosi tinggi. Tetapi sekarang kemarahan mesti diredakan dan ketenangan dikembalikan," katanya.



"Pentadbiran baru akan bermula pada 20 Januari. Tumpuan saya sekarang ialah untuk memastikan peralihan kuasa yang lancar, teratur dan licin. Waktu ini kita perlukan pemulihan dan perdamaian."



Beliau menambah: "Berkhidmat sebagai presiden anda adalah satu penghormatan sepanjang hayat saya ... Dan kepada semua penyokong saya yang hebat, saya tahu anda kecewa, tetapi saya juga ingin anda tahu bahawa perjalanan luar biasa kita baru sahaja bermula." - Agensi berita




Laporan lanjut : Parti Demokrat tekad lancar dakwaan kilat




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >