Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

S’pura sokong keputusan Asean undang wakil bukan politik Myanmar ke sidang

Oct 16, 2021 | 03:41 PM



Singapura menyokong keputusan yang dicapai dalam Mesyuarat Tergempar Menteri-menteri Luar Asean (EAMM) pada 15 Oktober untuk mengundang wakil bukan politik dari Myanmar bagi menghadiri Sidang Puncak Asean ke-38 dan 39 serta persidangan berkaitan dari 26 Oktober hingga 28 Oktober.



Menurut kenyataan jurucakap Kementerian Luar Singapura (MFA) pada Sabtu (16 Oktober), ini adalah keputusan yang sukar tetapi perlu demi menegakkan kewibawaan Asean memandangkan kemajuan yang tidak memuaskan dan terhad dalam pelaksanaan ‘Konsensus Lima Perkara’ Pemimpin Asean. 



Singapura juga memuji usaha Menteri Ehwal Luar II Brunei, Dato Erywan Yusof selaku Wakil Khas Pengerusi Asean mengenai Myanmar dan menekankan lagi sokongannya terhadap misi Wakil Khas dan Brunei sebagai Pengerusi Asean. 



“Singapura menggesa pihak berkuasa tentera Myanmar supaya bekerjasama dengan Wakil Khas untuk melaksanakan sepenuhnya dan secepat mungkin ‘Konsensus Lima Perkara’,” tambah jurucakap MFA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >