Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sabah kenakan had masa sejam berbelanja

Di pusat beli-belah, pasar raya, kedai runcit dan tempat serupa
May 25, 2021 | 05:30 AM



KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah telah memperkenal peraturan lebih ketat di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat di negeri tersebut.



Hanya satu jam dibenarkan kepada pengunjung di pusat beli-belah, pasar raya, kedai runcit dan tempat serupa.



Prosedur operasi standard (SOP) yang diubah itu akan berkuat kuasa hari ini, kata Kerajaan Tempatan Sabah dan Menteri Perumahan Masidi Manjun.



Katanya, pihak berkuasa setempat perlu memastikan kapasiti maksimum pengunjung ditetapkan kepada 50 peratus kapasiti ruang.



"Peraturannya adalah 200 kaki persegi setiap pengunjung, dan tidak melebihi satu jam," kata Datuk Seri Masidi dalam satu kenyataan Ahad lalu.



Beliau juga berkata bahawa kawasan Tawau mencatat 32 kes baru pada Ahad lalu, dengan 10 kelompok aktif.



Sehubungan itu, beliau berkata hanya 12.7 peratus, atau 44,529, daripada 441,774 penduduk Tawau telah selesai mendapatkan kedua-dua dos vaksin.



"Oleh itu, saya mendesak masyarakat untuk tampil dan mendaftar jika belum, untuk mendapatkan vaksin, agar kita dapat mencapai imuniti kelompok yang disasarkan," katanya.



Sabah mencatatkan 136 kes baru pada Ahad lalu, dengan dua kes kematian.



Satu kelompok baru, yang digelar kelompok Jalan Mangga, di Kota Kinabalu telah dilaporkan, di mana kes pertama merupakan seorang lelaki berusia 69 tahun dari Kionsom, Inanam.



Beliau dipercayai dijangkiti ketika menghadiri perjumpaan ulang tahun di sebuah restoran di Jalan Mangga pada 13 Mei. Kelompok itu mencatat 14 kes secara keseluruhan.



Kelmarin , Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin berkata kerajaan tidak dapat melaksana kembali versi perintah kawalan pergerakan (PKP) yang paling ketat, meskipun ada sahutan untuk berbuat demikian, disebabkan kesan mendalam daripada penutupan tahun lalu yang menjejas mata pencarian rakyat Malaysia.



Meskipun beliau akur PKP ialah pilihan terbaik untuk membendung virus itu, Tan Sri Muhyiddin berkata, langkah melaksanakannya tahun lalu hampir menyebabkan ekonomi negara itu runtuh, dan ratusan bilion diperlukan untuk membantu ekonomi pulih.



Sebaliknya, kerajaan telah memperkenal sekatan lebih ketat tanpa memerlukan sekatan sepenuhnya.



"Memang kalau ikutkan saya, KKM kata memang itu yang terbaik Tan Sri... tapi kesan kepada negara, kalau rakyat tak bekerja, ekonomi dah runtuh nak bangunkan semula (seperti PKP 1.0), saya (kerajaan) terpaksa belanja RM340 bilion dengan enam pakej rangsangan. Itu bukanlah jumlah yang sedikit, tak pernah berlaku dalam negara.



"Dua puluh peratus Hasil Dalam Negeri Kasar negara kita gunakan untuk menolong rakyat. Ini yang rakyat harus faham. Kalau buat begitu (tutup semua sektor ekonomi) kita akan hadapi masalah yang lebih besar, nanti negara tak boleh nak bangkit," katanya, dalam satu wawancara dengan Bernama TV.



"Saya tak nak lihat rakyat saya terkorban hanya kerana kelekaan saya atau mereka. Saya juga tidak mahu ekonomi kita runtuh," katanya dan menambah disebabkan itu kerajaan membuat keputusan untuk memperketat SOP PKP 3.0.



Sebaliknya, beliau meminta rakyat supaya melakukan sendiri sekatan pergerakan atau 'self-lockdown' untuk menyekat peningkatan mendadak jangkitan Covid-19 yang menyaksikan bilangan kes harian kini mencecah lebih 6,000 kes setiap hari di negara itu. - The Star/Asia News Network, Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >