Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Saham Asia junam ke paras terendah dalam empat tahun

Jan 12, 2016 | 10:11 AM



HARGA saham Asia menjunam ke paras terendah dalam tahun empat pada Isnin (11 Jan).


Minyak dan komoditi juga terjejas selepas pengawal selia China mengelirukan pasaran dengan menaikkan mata wang yuan secara mendadak.


Penanda aras tempatan, Indeks Straits Times (STI), jatuh 1.54 peratus, iaitu 42.38 mata kepada 2,708.85. Bursa itu telah merosot 6 peratus sejak permulaan tahun dagangan seminggu lalu.


Bagaimanapun, dolar Singapura kukuh sedikit kepada $1.4352 berbanding sedolar Amerika, daripada $1.437 pada Jumaat lalu.


Saham Shanghai jatuh 5 peratus, manakala Hong Kong menjunam 2.8 peratus dan Sydney jatuh 1.2 peratus. Pasaran Tokyo ditutup.


Indeks MSCI saham Asia Pasifik di luar Jepun hilang 1.8 peratus ke paras terendah sejak lewat 2011.


Keputusan mengejutkan bank pusat China menaikkan nilai yuan pada Isnin membantu melegakan kebimbangan bahawa kejatuhan nilai mata wang itu dengan cepat akan mencetuskan penurunan nilai di seluruh Asia sedang ekonomi serantau bersaing untuk mengekalkan dayang saing eksport mereka.


Tetapi ia juga membingungkan penganalisis dan pemerhati pasaran mengenai pemikiran di sebalik strategi yuan China.


Harga minyak juga menderita, dengan Brent jatuh 2.6 peratus kepada AS$32.67, hampir terendah dalam 12 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >