Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Saham, mata wang Asia jatuh susuli serangan Paris, data ekonomi lemah

Nov 16, 2015 | 01:10 PM



HONG KONG: Saham Asia jatuh ke paras terendah dalam masa enam minggu pada Isnin (16 Nov), sementara mata wang pasaran baru muncul layu dek pelabur mencari keselamatan dalam dolar Amerika berikutan serangan maut di Paris Jumaat lalu (13 Nov) dan data ekonomi lemah.


Indeks paling luas saham Asia Pasifik di luar Jepun MSCI jatuh lebih 1 peratus semasa dagangan awal, selepas kejatuhan 3 peratus minggu lepas.


Indeks Straits Times Singapura susut 0.8 peratus ke paras 2,902.40 pada 11.08 pagi.


Kemerosotan diketuai indeks saham Nikkei, yang jatuh hampir 1.3 peratus, hampir menghapuskan keuntungan 1.7 peratus minggu lepas, apabila data ekonomi jatuh melebihi jangkaan.


Data yang dikeluarkan sebelum pasaran Tokyo dibuka menunjukkan ekonomi Jepun susut kembali ke dalam kemelesetan pada suku Julai-September, menguncup 0.8 peratus berbanding 0.2 peratus yang dianggarkan.


Dalam pasaran mata wang, euro jatuh kira-kira 0.5 peratus kepada AS$1.07205, selepas prestasi mendatar minggu lepas.


Ia turun 0.5 peratus berbanding yen pada kadar ¥131.24.


"Pasaran mata wang telah respons kepada kekejaman di Paris pada hujung minggu," kata ketua strategi mata wang Commonwealth Bank of Australia, Encik Richard Grace.


Dolar Amerika susut kira-kira 0.1 peratus berbanding yen kepada 122.43.


"Apa yang mungkin terjejas dek serangan Paris ialah perubahan dalam perbelanjaan pengguna sepanjang suku akan datang dan kemungkinan perubahan dalam keyakinan," tulis ahli strategi pasaran firma penyedia platform perdagangan IG di Melbourne, Encik Evan Lucas, dalam nota kepada pelanggan pada Isnin. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >