Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Saintis mungkin temui penawar denggi

Sep 10, 2019 | 09:12 PM



NHA TRANG, VIETNAM - Sekumpulan saintis sedang menjalankan ujian untuk membiak nyamuk yang tidak boleh dijangkiti denggi, iaitu sebahagian daripada usaha untuk menyekat pembiakan penyakit itu.



Ia sekaligus meningkatkan harapan agar penyakit yang tiada penawarnya akhirnya dapat dirawat. 



Program Nyamuk Sedunia sedang mempelopori kaedah di mana nyamuk jantan dan betina jenis Aedes Aegypti disuntik dengan sejenis bakteria (Wolbachia) yang berfungsi sebagai benteng kepada penyakit denggi, menurut laporan Agence France-Presse (AFP).



Nyamuk yang telah disuntik Wolbachia ini kemudian akan dibebaskan. 



Nyamuk yang dibebaskan ini akan membiak dan melahirkan nyamuk yang mengandungi Wolbachia, justeru membuatkan ia lebih sukar bagi mereka untuk menjangkiti orang ramai dengan penyakit seperti denggi, Zika, chikungunya dan demam kuning.



Pertama diuji di Australia Utara, usaha ini turut dijalankan di lapan negara lain, termasuk Vietnam, di mana keputusan awalnya menunjukkan kesan positif.



Pada 2018, hampir setengah juta nyamuk yang telah disuntik Wolbachia telah dibebaskan di Vinh Luong, menurut penyelaras projek Program Nyamuk Sedunia di Nha Trang.



Sejak usaha tersebut, kes denggi turun 86 peratus di Vinh Luong berbanding bandar peranginan di Nha Trang.



Walaupun keputusan yang didapati hasil usaha kajian tersebut menggalakkan, ahli pakar mengatakan bahawa lebih banyak kajian jangka panjang, dan secara besar-besaran diperlukan, untuk menuntukan jika hasil kajian asal benar-benar berkesan. -Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >