Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Saintis Nasa: Kebakaran hutan Indonesia tahun ini mungkin paling teruk dalam rekod

Oct 02, 2015 | 03:12 PM



JAKARTA: Kebakaran hutan yang mengakibatkan Asia Tenggara kini diselimuti jerebu mungkin antara yang paling teruk dalam rekod, sedang musim kering panjang menghambat usaha membendung krisis itu, ujar para saintis.


Krisis itu melanda hampir setiap tahun, tetapi kebakaran yang sedang berlaku antara yang paling teruk dan panjang dalam beberapa tahun, dengan El Nino membuat sistem keadaan cuaca lebih kering daripada biasa di Indonesia dan menghalang hujan.


Para saintis di Nasa kini memberi amaran keadaan tahun ini mengarah ke keadaan pada 1997 - dianggap sebagai peristiwa jerebu paling serius dalam rekod - dan boleh melebihi tahap itu.


"Keadaan di Singapura dan tenggara Sumatera sedang menjejak keadaan pada 1997," kata Dr Robert Field, seorang saintis Universiti Columbia berpangkalan di Institut Goddard bagi Pengajian Angkasa, Pentadbiran Penerbangan dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) Amerika Syarikat.


"Saya percaya kesan kebakaran tahun ini akan menjadi seburuk 1997, dari segi kos," kata Profesor Dr Herry Purnomo, seorang pakar jerebu di Pusat bagi Penyelidikan Perhutanan Antarabangsa yang berpangkalan di Indonesia. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >