Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Salah laku beri projek: Tiga AP buat laporan polis

Jan 04, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Tiga ahli parlimen, Encik Fahmi Fadzil (Lembah Pantai), Encik Tan Kok Wai (Cheras) dan Cik Hannah Yeoh (Segambut), telah membuat laporan polis menggesa siasatan dibuat terhadap kemungkinan sebarang salah laku dalam penganugerahan projek di enam kawasan yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2019 - hingga mengakibatkan banjir buruk di Selangor.



"Beberapa keputusan seperti melanggar syor yang dibuat agensi teknikal," kata Encik Fahmi yang ditukil dan dilaporkan laman berita Malaysiakini, semalam.



Menurut beliau, usulan teknikal yang dibuat Jabatan Pengairan dan Saliran Kuala Lumpur pada Januari tahun lalu, iaitu 11 bulan sebelum banjir melanda, adalah sebarang perubahan penggunaan kolam takungan banjir untuk projek pembangunan lain bukan saja menjejaskan kapasitinya, tetapi juga sistem tebatan secara keseluruhan.



Terdahulu, pengarah komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menggesa kerajaan mendedahkan individu yang bertanggungjawab terhadap pemberimilikan kawasan tersebut.



Cik Yeoh dan Ahli Parlimen Kepong, Encik Lim Lip Eng, pula menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara itu.



Gesaan tersebut disuarakan di tengah-tengah banjir besar yang melanda beberapa negeri ekoran hujan berterusan dan juga amaran risiko gelombang kedua.



Minggu lalu, Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim berkata, mereka perlu menyemak maklumat sebelum membuat sebarang tuduhan.



Golongan berpendapatan rendah di Kuala Lumpur tidak patut didedahkan dengan risiko menjadi mangsa banjir menerusi sebarang cadangan projek perumahan di kawasan yang pada asalnya ditandakan untuk menjadi kolam takungan banjir, kata Cik Yeoh.



Beliau secara khusus menyebut projek perumahan mampu milik di kolam takungan banjir Batu dan Batu 4 ½ di Kuala Lumpur.



Ia merupakan dua daripada enam kawasan yang dikenal pasti dalam Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 2 pada September lalu, yang diluluskan untuk tujuan pembangunan.



"Apa maknanya ini? Kita bina rumah mampu milik di tempat (berisiko) banjir.



"Saya rasa cukuplah (biarkan) rakyat yang tak mampu beli rumah, diberi kawasan perumahan yang berisiko banjir," katanya kepada pemberita di luar balai polis Sentul pada 1 Januari lalu.



Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari, di laman Facebooknya mendedahkan, setakat 2 Januari lalu, sebanyak 6,913 keluarga telah menerima Bantuan Selangor Bangkit (SBS) RM1,000 ($324) dengan sejumlah RM6.913 juta ($2.24 juta) telah dibelanjakan.



Dua keluarga mangsa yang meninggal dunia turut menerima RM10 ribu seperti pengumuman pada 21 Disember 2021 lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >