Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Salman Khan bersalah pandu dalam keadaan mabuk

May 06, 2015 | 03:43 PM



NEW DELHI: Bintang Bollywood, Salman Khan, didapati bersalah memandu dalam keadaan mabuk sehingga mengakibatkan kematian seorang mangsa, 13 tahun lalu di Mumbai.


Salman dituduh hilang kawalan selepas meminum minuman beralkohol di sebuah bar mewah di Mumbai pada 2002 dan melarikan diri dari tempat kejadian selepas melanggar mangsa.


Salman sebelum ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan bertanggungjawab dalam kemalangan lewat malam itu, yang melibatkan sebuah Toyota Land Cruiser dan lima lelaki yang sedang tidur di luar kedai roti di pinggir bandar Bandra Barat.


Dia mendakwa drebarnya yang memandu kenderaan itu, tetapi hakim berkata bintang Bollywood itulah yang sedang memandu kereta dalam keadaan mabuk.


Hukuman bersalah hari ini merupakan tamparan hebat kepada Salman yang merupakan antara bintang terbesar Bollywood. Salman membintangi lebih 80 filem Hindi termasuk Dabangg, Ready, Bodyguard, Ek Tha Tiger, Maine Pyar Kiya dan Hum Aap Ke Hain Kaun.


Hukuman penjara itu masih belum diumumkan, tetapi dia boleh dipenjara sehingga 10 tahun jika didapati bersalah. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >