Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sambutan dingin bagi Cameron di sidang puncak EU

Jun 29, 2016 | 10:03 AM



BRUSSELS: Perdana Menteri Britain, Encik David Cameron, mahu Britain mengekalkan hubungan "paling rapat yang mungkin" dengan Kesatuan Eropah (EU) pasca-Brexit, tetapi apa yang pemimpin Eropah yang marah mahu ialah ia keluar dengan cepat dan tidak mengharapkan layanan istimewa.



Sedang pemimpin blok 28 anggota itu berkumpul di Brussels untuk sidang puncak dua hari pada Selasa (28 Jun, awal pagi 29 Jun waktu Singapura), Canselor Jerman, Dr Angela Merkel, memberi amaran bahawa Encik Cameron tidak boleh "memilih" dalam rundingan keluar daripada EU.



"Sesiapa yang ingin meninggalkan keluarga ini tidak boleh mengharapkan hilang semua tanggungjawab tetapi kekalkan keistimewaan," katanya kepada Parlimen Jerman sebelum berlepas ke Brussels.



Sidang puncak EU itu datang di tengah-tengah kemarahan mendalam antara baki 27 pemimpin Eropah mengenai keputusan Encik Cameron mengadakan pungutan suara Brexit dan cara beliau mengendalikan kempen itu.



Kebencian itu diburukkan oleh kemarahan dek syak wasangka bahawa Britain sekarang akan melengahkan proses ia meninggalkan EU, yang akan menguatkan pasukan pewaham euro dalam kalangan blok itu.



Encik Cameron, yang berusaha untuk kekal dalam EU, memberitahu Parlimen Britain pada Isnin beliau belum mahu memulakan proses dua tahun pengunduran daripada blok tersebut.



Ia akan bermula apabila Britain secara rasmi menggunakan Pasal 50 daripada Perjanjian Lisbon EU.



Pengganti beliau tidak dijangka dilantik hingga 9 Sep.



Keputusan Britain meninggalkan EU meletak baki 27 anggotanya - yang akan bertemu tanpa Encik Cameron pada Rabu - di bawah tekanan untuk mencari jalan bagi menghentikan negara lain mengikut langkah negara itu.



Sementara itu, Menteri Pertama Scotland, Cik Nicola Sturgeon, dijadualkan menemui ketua Parlimen Eropah di Brussels hari ini dalam usaha beliau melancarkan kempen bagi merundingkan cara Scotland boleh kekal dalam EU. - AFP, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >