Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sambutan Hari Raya berbeza bagi Mahathir dan Najib

Jun 17, 2018 | 12:41 PM



PUTRAJAYA:  Sekitar 80,000 rakyat Malaysia hadir menyambut Hari Raya bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di kediaman rasmi Perdana Menteri itu pada hari pertama Hari Raya.



Mantan Perdana Menteri Najib Razak pula buat pertama sejak sekian lama menyambut raya di kawasan undi beliau di Pekan Pahang.



Menurut The Star, pintu sambutan Hari Raya di Putrajaya dibuka pada  9 pagi. Menjelang penutupan 4.30 petang, kira-kira 80,000 tetamu telah melalui pintu masuk untuk menemui  Perdana Menteri dan ahli kabinetnya.



Ini adalah rumah Terbuka Hari Raya pertama Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sejak 2002.

 Kerajaan Pakatan Harapan memecah cengkaman 60 tahun Barisan Nasional ke atas kuasa persekutuan pada Pilihan Raya Umum Ke-14.



Di Pekan, Pahang, Datuk Seri Najib menyatakan sambutan Hari Raya baginya  kali ini berbeza daripada tahun-tahun sudah.



"Hari Raya ini agak berbeza kerana kami tidak lagi berada dalam kerajaan. Walau bagaimanapun, kami perlu terus memberikan khidmat terbaik kepada orang-orang yang telah memberi kepercayaan mereka.



"Banyak perkara telah dikatakan semasa pilihan raya umum yang mungkin menyakiti beberapa perasaan tetapi saya harap kita dapat memperbaiki hubungan semasa musim perayaan ini.



"Paling penting, negara kita aman dan masa depan kita masih baik," katanya.



Pengunjung menemui Datu Seri Najib yang ditemaninya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Antaranya ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, beberapa ahli exco negeri adalah antara berkunjung.



Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar dan ahli keluarga kerajaan Pahang tiba kemudian..



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >